Siapa Didier Deschamps, Pengendali Skuad Perancis

Didier Deschamps Menjulang Piala Dunia Sekali Pemain Dan Pengurus Pasukan.
Siapa sebenarnya dan dari mana datangnya Didier Deschamps yang merupakan jurulatih kepada skuad kebangsaan Perancis ini. Pasti ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya beliau ini. Di sini kami kongsikan sedikit latar belakang peribadi dan karier beliau sempena perlawanan akhir Piala Dunia 2022 antara Perancis menentang Argentina.
Didier Deschamps atau mana penuh beliau adalah Didier Claude Deschamps. Beliau lahir pada 15 Oktober 1968 di Bayonne, Perancis. Mula bermain bola sepak sejak kecil lagi dengan memulakan karier muda beliau di Bayonne pada tahun 1976 hingga 1983.
Bagi karier senior pula, beliau pernah bersama beberapa kelab besar antaranya Marseille dari tahun 1989-1994 dan Juventus 1994-1999. Deschamps juga pernah bersama Chelsea pada tahun 1999-2000.

Didier Deschamps, duduk tengah.
Didier Deschamps mula mewakili Perancis pada tahun 1989-2000. Dengan 104 penampilan, beliau berjaya menjaringkan 4 gol.
Bagi mereka yang belum tahu, Didier Deschamps merupakan ketua pasukan ketika Perancis menjulang Piala Dunia 1998 selepas menewaskan Brazil 3-0 hasil jaringan Zidane (2 gol) dan Petit di Stadium Stade de France.
Deschamps mula menjadi jurulatih pada tahun 2001 dengan mengendali pasukan Monaco. Pada 8 Julai 2012, Deschamps dilantik sebagai jurulatih Perancis setelah Laurent Blanc berundur sebaik sahaja selesai UEFA Euro 2012.
Antara kejayaan yang membanggakan ketika Deschamps menerajui skuad Perancis adalah membawa Perancis ke final Euro 2016 sebelum tewas kepada Portugal 0-1 dan berjaya menjulang Piala Dunia 2018 selepas kali terakhir Perancis menjulang piala tersebut pada 1998.
Sempena perlawanan akhir Piala Dunia 2022, Deschamps sekali lagi berjaya membawa pasukan Perancis ke perlawanan akhir buat dua edisi berturut-turut. Mampukah Didier Deschamps menjulang lagi trofi Piala Dunia buat kali ke-3? Sama-sama kita nantikan malam nanti.