Serie A : Keputusan Lazio vs Juventus

Keputusan Serie A, Juventus vs Lazio.

Keputusan Serie A, Juventus vs Lazio. Gambar The Laziali.

Dalam saingan Serie A, Lazio terus menambah duka buat Juventus yang mencari kemenangan liga selepas 3 perlawanan. Gol yang dijaringkan oleh Adam Marusic dipenghujung perlawanan meranapkan harapan Juventus sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

Selepas perlawanan menentang Lazio, Juventus hanya menang dua kali dari 10 perlawanan. Ini membuatkan mereka jauh ketinggalan dari misi untuk menjuarai liga. Juventus kini menduduki tangga ke-3 liga dengan 59 mata.

Apa yang menariknya, kedua pasukan akan berjumpa lagi dalam saingan Piala Coppa Italia pada 3 April. Kedua pasukan berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan akan berentap di Juventus untuk perlawanan pertama. Perlawanan kedua akan diadakan pada 24 April nanti.

Perlawanan seterusnya dalam saingan Serie A, Juventus akan menentang Fiorentina pada 8 April dan Lazio akan menerima cabaran AS Roma pada 7 April.

Leave a Reply