Sergio Ramos Ikut Jejak Messi Tinggalkan PSG

sergio ramos

Sergio Ramos akan meninggalkan PSG akhir musim ini. Gambar ESPN UK

Sergio Ramos akan meninggalkan Paris Saint-Germain dipenghujung musim ini selepas dua tahun bersama kelab gergasi Perancis itu.

Berita itu disampaikan kurang 24 jam sebelum perlawanan Ligue 1 terakhir PSG di laman sendiri menentang Clermont.

Sergio Ramos tiba di PSG pada tahun 2021 selepas pencapaian gemilangnya bersama Real Madrid dengan menjulang empat kali trofi Liga Juara Juara Eropah.

Bersama PSG, Ramos telah menjulang kejuaraan Ligue 1 sebanyak 2 kali dan membuat penampilan dalam perlawanan sebanyak 57 kali. Kontrak bersama PSG akan berakhir pada 30 Jun ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: