Sergio Ramos Ikat Kontrak Bersama PSG Untuk Tempoh 2 Tahun

Sergio Ramos sah sertai pasukan bola sepak gergasi Perancis, Paris Saint- Germain. Ramos yang sebelum itu telah tamat kontraknya bersama Real Madrid pada Jun lalu selepas 16 tahun bersama pasukan itu.

Untuk rekod, Ramos tidak banyak beraksi pada musim 2020-2021 selepas mengalami kecederaan lulut. Beliau juga terlepas aksi di Euro 2020 akan dari kecederaan tersebut.

Ramos akan memakai jersi nombor 4 ketika beraksi di PSG nanti. Ramai peminat ternanti-nanti aksi legend Real Madrid dan Sepanyol itu beraksi di atas padang. Ramos mengikat kontrak selama 2 tahun bersama PSG berbanding setahun yang ditawarkan Real Madrid dan potong gaji 10 peratus.

Sebelum itu, Ramos juga dikaitkan berita untuk bersama dengan pasukan Liga Inggeris seperti Manchester united, Manchester City dan Chelsea. Namun semua itu meleset dan Ramos memilih untuk bersama PSG.

Leave a Reply

%d bloggers like this: