Sepanyol Tempah Slot Akhir EURO 2024

Separuh akhir EURO 2024 antara Sepanyol menentang Perancis.
Skuad bola sepak Sepanyol berjaya mara ke perlawanan akhir EURO 2024 yang berlangsung di Jerman selepas menewaskan Perancis 2-1 di peringkat separuh akhir awal pagi tadi.
Perancis terlebih dahulu dihadapan pada minit ke-9 menerusi jaringan padang oleh Randal Kolo Muani. Ini merupakan satu-satunya gol yang berjaya dijaringkan oleh Perancis dalam edisi EURO 2024 ini menerusi jaringan padang.
Tersentak dengan jaringan awal tersebut, Sepanyol kembali menyusun permainan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-21 menerusi jaringan cantik oleh Lamine Yamal.
Selang empat minit kemudian, Dani Olmo berjaya meletakan Sepanyol dihadapan sekaligus menjadi gol kemenangan buat Sepanyol.
Sepanyol akan menanti lawan di peringkat akhir antara Belanda ataupun England yang akan berentap awal pagi ini.