Senarai Pemenang Piala Sudirman Sejak 1989 Sehingga Kini
Piala Sudirman mula diperkenalkan pada tahun 1989. Nama Dick Sudirman yang merupakan bekas pemain badminton Indonesia dan juga pengasas Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI), diberi penghormatan untuk digunakan sebagai satu kejohanan.
China yang juga kuasa besar dalam sukan badminton ini merupakan pasukan yang paling banyak menjulang Piala Sudirman ini iaitu sebanyak 12 kali. Kali terakhir mereka melakukannya iaitu pada 2021 di Finland.
Sebagai rekod, Malaysia masih belum pernah menjulang piala ini. Pencapaian terbaik pasukan Malaysia iaitu peringkat separuh akhir pada tahun 2009 dan 2021.
Berikut adalah senarai pemenang Piala Sudirman.
2023 :
2021 : China 3-1 Jepun
2019 : China 3-0 Jepun
2017 : Korea 3-2 China
2015 : China 3-0 Jepun
2013 : China 3-0 Korea
2011 : China 3-0 Denmark
2009 : China 3-0 Korea
2007 : China 3-0 Indonesia
2005 : China 3-0 Indonesia
2003 : Korea 3-1 China
2001 : China 3-1 Indonesia
1999 : China 3-1 Denmark
1997 : China 5-0 Korea
1995 : China 3-1 Indonesia
1993 : Korea 3-2 Indonesia
1991 : Korea 3-2 Indonesia
1989 : Indonesia 3-2 Korea
1 Response
[…] Senarai Juara Piala Sudirman Sejak 1989!!! […]