Senarai Atlet Malaysia Bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020

Lee Chong Wei Pemenang 3 Pingat Perak Dalam Temasya Sukan Olimpik : Gambar Google
Berikut adalah senarai atlet negara yang bakal beraksi dalam temasya Sukan Olimpik 2020 yang akan berlangsung di Tokyo. Temasya 4 tahun sekali ini akan bermula pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021. Jadual asal bagi Olimpik Tokyo adalah pada tahun 2020 namun ditunda disebabkan pendemik Covid-19 yang melanda dunia.
Seramai 30 atlet yang berjaya melayakan diri ke temasya ini hasil dari kutipan mata kelayakan yang ditetapkan oleh sukan masing-masing. Disini adalah senarai lengkap atlet yang akan beraksi di Sukan Olimpik 2020 Tokyo nanti.
BADMINTON
Perseorangan lelaki: Lee Zii Jia
Perseorangan wanita: Soniia Cheah
Beregu lelaki: Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Beregu wanita: Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean
Beregu campuran: Chan Peng Soon- Goh Liu Ying
BERBASIKAL
Keirin lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Pecut lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom
GIMNASTIK
All around wanita: Farah Ann Abdul Hadi
All aroung lelaki: Jeremiah Loo Phay Xing
GOLF
Individu lelaki: Gavin Green
Individu wanita: Kelly Tan
MEMANAH
Individu lelaki: Khairul Anuar Mohamad
Individu wanita: Syaqiera Mashayikh
MENEMBAK
50 meter rifle wanita 3 Position: Suryani Mohamed Taibi
OLAHRAGA
Lompat tinggi: Lee Hup Wei
100 m wanita: Azreen Nabila Alias
PELAYARAN
Laser lelaki: Khairulnizam Mohd Afendy
Laser radial wanita: Nur Shazrin Mohd Latif
International 470 wanita: Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali
RENANG
200 meter dan 400 meter gaya bebas lelaki: Welson Sim Wee Sheng
100 meter dan 200 meter kuak dada wanita: Phee Jinq En
TERJUN
Tiga meter papan anjal individu wanita: Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee
10 meter platform individu wanita: Pandelela Rinong Pamg, Cheong Jun Hoong
10 meter platform seirama wanita: Pandelela Rinong Pamg/ Leong Mun Yee