Selepas Setahun Bersama Chelsea, Mauricio Pochettino Letak Jawatan

Mauricio Pochettino letak jawatan selaku jurulatih Chelsea.

Mauricio Pochettino letak jawatan selaku jurulatih Chelsea.

Khabar duka buat peminat kelab bola sepak Chelsea selepas mendapat berita bahwa jurulatih mereka, Mauricio Pochettino meletak jawatan.

Jurulatih dari Argentina itu tiba di Chelsea sebelum musim 2023/2024 bermula lagi dengan kontrak dua tahun bagi menggantikan jurulatih sementara iaitu Frank Lampard.

Namun Pochettino meletak jawatan secara tiba-tiba selepas berjaya membawa Chelsea menamatkan saingan liga ditangga ke-6 berbanding ke-12 musim sebelumnya. Chelsea juga akan beraksi dalam saingan Liga Konfentasi Eropah untuk musim hadapan.

Sedikit berita gembira, andai Manchester City berjaya menewaskan Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA pada sabtu ini, Chelsea berpeluang untuk beraksi di Liga Eropah.

Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya bawa Chelsea ke perlawanan akhir Piala Liga namun tewas kepada Liverpool menerusi sepakan penalti.

Akhir kata dari Pochettino, “Kelab kini berada di kedudukan terbaik untuk terus maju di Liga Perdana Inggeris dan Eropah bagi tahun-tahun seterusnya”.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *