Selangor Bakal Dibuli Sevilla 26 Mei Ini Di Shah Alam

Olivier Morin
Bagai tidak peka dengan saingan Liga Super yang berbaki beberapa perlawanan sahaja lagi, Selangor bakal dibuli Sevilla sempena kunjungan pasukan tersebut.
Kelab Sepanyol yang menjuarai Liga Europa musim ini akan memulakan penjelejahannya di asia tenggara. Mereka kini berada di Indonesia dan bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pelita Bandung Raya esok.
Selangor sepatutnya lebih peka untuk. Dengan mengadakan perlawanan ini, mereka akan berdepan dengan risiko kepenatan dan paling ditakuti adalah kecederaan.
Selangor bakal turun menentang JDT sabtu ini di Stadium Shah Alam.
Bagi mereka yang berminat untuk menonton perlawanan persahabatan antara Selangor menentang Sevilla, tiket dijual dengan harga RM20.