Selamat Tinggal Ramos, Selepas 16 tahun Bersama

Sergio Ramos Bersama Real Madrid. Gambar Goal.com

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Real Madrid semalam mengatakan bahawa kontrak Sergio Ramos tidak akan disambung yang berakhir hujung jun ini. Ini bermakna Sergio Ramos tidak lagi beraksi untuk Real Madrid bagi musim hadapan.

Ramos yang hadir ke Real dari Sevilla pada tahun 2005, telah beraksi sebanyak 469 perlawanan dan telah menyumbang sebanyak 72 gol dan boleh dikatakan banyak bagi seorang pemain pertahanan.

Ramos juga beraksi untuk pasukan Sepanyol sejak pasukan Sepanyol bawah 16 tahun lagi pada tahun 2002. Pada tahun 2005, Sergio Ramos telah beraksi bagi pasukan utama Sepanyol hingga kini dan telah beraksi sebanyak 180 perlawanan dengan 23 gol.

Khabar angin ada mengatakan bahawa Sergio Ramos akan berpindah sama ada ke Manchester United ataupun PSG. Ada juga kemungkinan Ramos akan kekal di La Liga dengan beraksi bersama kelab lama beliau, Sevilla.

Untuk rekod, Sergio Ramos yang kini berusia 35 tahun pernah memenangi Piala Dunia pada tahun 2010 dan Piala Eropah pada tahun 2008 dan 2012 bersama Sepanyol. Bersama Real, Ramos telah menjuarai 22 kejuaraan termasuk 4 Liga Juara.

Leave a Reply

%d bloggers like this: