‘Saya tak ada duit nak beli AC Milan’ – TMJ

tmjSetelah dikaitakan dengan pembelian sebuah kelab ternama Itali, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil dengan kenyataan beliau dalam laman sosial Facebook Johor Southern Tigers.

“Saya tidak kaya seperti ahli perniagaan Malaysia yang lain. Saya hanya seorang pemuda dengan impian dan cita-cita yang besar, itu sahaja.”

“Baru-baru ini saya telah ditemu ramah oleh The Straits Times mengenai pencapaian saya bersama JDT dan matlamat lain dalam hidup secara umum. Saya juga ditanya jika saya mempunyai minat untuk membeli sebuah kelab luar negara.”

“Sememangnya saya memang ada keinginan tersebut. Jika saya perlu memilih sebuah kelab, ianya adalah AC Milan. Itulah salah satu impian saya.”

“Apatah lagi membeli AC Milan danĀ  terpaksa bertembung dengan Juventus dan kelab-kelab gergasi Itali yang lain. Takut saya.”

“Kelab saya hanya JDT. Sebuah kelab kecil dengan cita-cita yang besar,”

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

%d bloggers like this: