Rumah Mewah Ronaldinho Disewakan Untuk Piala Dunia

© AFP
Rumah mewah Ronaldinho akan disewakan untuk Piala Dunia edisi 2014. Binta Atletico Mineiro ini tidak tersenarai dalam skuad Brazil kali ini. Oleh yang demikian, beliau akan menyewakan rumah mewahnya di Rio de Janeiro sempena Piala Dunia kepada sesiapa sahaja yang berminat.
Ronaldinho menegaskan rumahnya itu untuk disewa melalui lama Twitter beliau.
Essa é pra quem está na dúvida que vou alugar minha casa no Airbnb! Bora aproveitar #CasaR10 http://t.co/4iu8Qo8TNq pic.twitter.com/iqZK6W43qW
— Ronaldinho Gaúcho (@10Ronaldinho) May 23, 2014
Rumah mewah Ronaldinho itu terletak 10 minit dari pantai terdekat dengan kereta dan setengah jam dari Stadium Maracana. Rumah tersebut mempunyai kemudahan yang lengkap dengan 5 bilik tidur, 6 bilik mandi, kolam renang dan sauna. Untuk keselamatan, rumah ini dibawah jagaan 24/7 sistem keselamatan.
Bagi mereka yang berminat, sewa untuk semalam adalah sekitar RM48,000 bagi satu malam.