Rumah Balotelli Dipecah. Porsche Dan Perhiasan Hilang

Rumah Balotelli Dipecah. Porsche Dan Perhiasan Hilang

© AFP

Malang sungguh nasih Mario Balotelli kebelakangan ini. Setelah telefon bimbitnya dicuri seseorang di sebuah restauran, kini Balotelli berdepan dengan masalah yang lebih besar iaitu rumah Balotelli dipecah masuk pencuri.

Kejadian berlaku ketika Balotelli sedang makan malam bersama adiknya Enoch. Ketika pulang dari makan malam ke rumahnya yang terletak di Lamido Comasso, Balotelli mendapati kereta Porsche dan jam tangan serta barang perhiasaanya telah hilang. 

Kebimbangan Balotelli sedikit lega apabila kereta Porsche beliau ditemui disuatu tempat yang ditinggalkan pencuri. Balotelli cukup terkejut dengan peristiwa ini namun beliau merelakan.

” Saya merasa kosong..tapi saya akan terus berusaha untuk orang yang saya cintai. Mereka layak untuk menerimanya” Tulisan Balo di Twitternya.

Balotelli akan segera untuk melupakan kejadian tersebut dan fokus untuk Piala Dunia 2014 nanti.

Leave a Reply

%d bloggers like this: