Ronaldo Hubungi Rooney Selepas Final Champions League

© AFP
Cristiano Ronaldo hubungi Rooney melalui laman Twitter beliau tidak lama selepas Real Madrid menjuarai Champions League bagi musim 2013/2014.
Sebelum perlawanan akhir menentang Atletico Madrid, Rooney sempat memberikan sokongan beliau kepada bekas rakan sepasukannya di Manchester United dengan menulis seperti dibawah.
Rooney dan Ronaldo pernah membawa United menjuarai final Champions League di Moscow pada tahun 2008 selepas mengalahkan Chelsea.
Selepas bergelar juara dengan mengalahkan Atletico Madrid, Ronaldo membalas apa yang disampaikan Rooney.
Selain bergelar juara, Ronaldo juga telah menjaringkan 17 gol dari 11 penampilan dalam Champions League untuk musim ini.