Ronaldo Bergaduh Dengan Samseng Pada Usia 15 Tahun
Sebuah kisah menarik tentang bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang terdapat dalam buku biografi terbaru beliau yang tertajuk ‘Secrets of the Machine’. Dalam buku tersebut menceritakan pengalaman Ronaldo di akademi Sporting Lisbon.
Pada Januari 2001, Ronaldo dan tiga rakannya yang semuanya berusia 15 tahun merancang untuk keluar jalan-jalan di kota Lisbon.
Ronaldo dan rakannya telah ditahan oleh sekumpulan samseng yang memilik senjata tajam. Dua rakan Ronaldo mengambil keputusan untuk melarikan diri manakala beliau dan seorang lain rakannya mengambil keputusan untuk bergaduh dengan kumpulan samseng tersebut.
Mereka bergaduh tanpa senjata iaitu tangan kosong. Ronaldo dan rakannya ditinggalkan samseng tersebut dengan beberapa luka dan lebam.
Dua tahun kemudian, Ronaldo menerima kontrak sebanyak 12juta poundsterling dari gergasi Premier League, Manchester United yang telah mengubah hidupnya.
Menarik bukan perjalanan hidup bintang bola sepak ini bukan?