Roland Garros : Nadal Tewas Di Pusingan Pertama

Rafael Nadal tewas di pusingan pertama Roland Garros.

Rafael Nadal tewas di pusingan pertama Roland Garros.

Bekas pemain tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal, tewas dipusingan pertama Terbuka Perancis atau dikenali sebagai Roland Garros kepada Alexander Zverev. Nadal tewas dengan mata 3-6, 7-6 (7/5), 3-6.

Ini merupakan kekalahan Nadal yang keempat dalam 116 perlawanan yang disertainya dalam kejohanan Terbuka Perancis.

Rafael Nadal yang akan berusia 38 tahun pada minggu hadapan, masih belum beri kata putus sama ada ini merupakan penyertaan beliau yang terakhir di Roland Garros.

Nadal akan kembali ke Perancis untuk Sukan Olimpik dan berharap akan bebas dari sebarang kecederaan. Sejak Januari 2023, Terbuka Perancis 2024 ini merupakan kejohanan yang kelima beliau sertai selepas mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan masalah otot.

Untuk rekod, Nadal yang kini menduduki tangga ke-275 dunia tidak akan beraksi di Wimbledon. Kejohanan Wimbledon akan bermula sebelum Sukan Olimpik Paris bermula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *