Rekod Pertemuan Lee Zii Jia Menentang Kodai Naraoka
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia telah diundi untuk menentang pemain yang sedang naik dari Jepun, Kodai Naraoka dalam pusingan pertama Badminton Terbuka Malaysia 2023 yang akan berlangsung dari 10 hingga 15 Januari.
Untuk rekod, kedua pemain belum pernah bertemu. Kodai Naraoka merupakan pemain perseorangan nombor satu Jepun selepas beliau memintas Kento Momota. Kini Kodai Naraoka menduduki tangga ke-10 dunia dalam ranking BWF.
Tekanan sudah semestinya kepada Lee Zii Jia. Beraksi dihadapan penyokong sendiri dengan aksi yang kurang memberangsangkan untuk musim 2022, pasti memberikan tekanan yang tinggi buat Lee Zii Jia.
Lee Zii Jia yang bergerak secara profesional pada tahun ini terpaksa hadir kekejohanan ini tanpa jurulatih beliau selepas jurulatih beliau meletakan jawatan.
Sedikit info, Lee Zii Jia gagal melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir manakala Kodai Naraoka berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir sebelum tewas kepada Victor Axelsen.