Real Madrid Tanpa Bale Dan Ramos Berdepan Liverpool

Foto Reuters
Real Madrid tidak dapat menurunkan dua bintang mereka iaitu Gareth Bale dan Sergio Ramos akibat kecederaan.
Real Madrid akan berkunjung ke Liverpool awal pagi khamis dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah bagi kumpulan B.
Bukan hanya bertemu Liverpool, Bale juga dijangka tidak dapat diturunkan untuk pertembungan El Clasico pertama musim ini menentang Barcelona sabtu ini.
Ramos yang sudah terlepas tiga perlawanan bersama Real pasti akan dirasai ketiadaanya dalam kunjungan Barcelona ke Bernabeu.
Setakat ini Real Madrid menduduki tangga teratas kumpulan B selepas memenangi dua perlawanan awal.