Real Madrid Sekadar Seri Dengan Club America
Dalam jelajah perlawanan persahabatan kelab, Real Madrid hanya seri bila berdepan Club America dengan keputusan 2-2.
Real dikejutkan dengan gol seawal minit ke-5 hasil jaringan Henry Martin sebelum disamakan kedudukan oleh Karim Banzema pada minit ke-22.
Eden Hazard meletakan Real Madrid dihadapan pada minit ke-55 menerusi sepakan penalti.
Harapan Real untuk cipta kemenangan musnah apabila Alvaro Fidalgo menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-82 sekali gus mengikat kedudukan 2-2 hingga tamat perlawanan.
Real Madrid akan berdepan Juventus untuk perlawanan persahabatan seterusnya pada 31 Julai 2022 jam 10 pagi waktu Malaysia.