Real Madrid Muncul Juara Liga Juara Juara Selepas Menewaskan Juventus
Real Madrid muncul juara Liga Juara Juara selepas menewaskan Juventus dalam perlawanan akhir 4-1 yang berlangsung di Stadium Millennium, Cardiff awal pagi semalam. Kemenangan ini merupakan kemenangan ke-12 Real Madrid untuk Liga Juara-Juara.
Gol kemenangan Madrid dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo pada minit ke-20 dan 61, Casemiro minit ke-61 dan Marco Asensio minit ke-90. Manakala gol tunggal Juventus dijaringkan oleh Mario Mandzukic pada minit ke-27.
Ini merupakan kejuaraan ke-3 Real Madrid dalam masa 4 tahun dan kali ke-12 buat keseluruhan.
Untuk rekod, Cristiano Ronaldo menjadi penjaring terbanyak dengan 12 gol dan pengadil perlawanan akhir adalah Felix Brych dari Jerman.