Real Madrid Juara Piala Dunia Kelab

Gambar ketika Real Madrid menjulang Piala Dunia Kelab pada tahun 2017. Gambar Punchng.com
Real Madrid muncul juara Piala Dunia Kelab buat kali kelima selepas menewaskan Al Hilal dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Rabat, Maghribi.
Gol Real Madrid dihasilkan menerusi jaringan Vinicius Junior dan Fede Valverde yang masing-masing menjaringkan dua gol. Karim Benzema yang baru sahaja pulih dari kecederaan berjaya menyumbangkan satu gol.
Perlawanan berakhir dengan keputusan Real Madrid 5-3 Al Hilal.
Ini merupakan trofi kejuaraan kedua buat Real Madrid bagi musim ini selepas berjaya memenangi Piala Super Eropah pada Ogos lalu.
Kemenangan ini juga berjaya mengubat sedikit kekecewaan mereka dalam kempen La Liga. Ketika ini Real Madrid menduduki tangga kedua liga, lapan mata ketinggalan dibelakang Barcelona.