PSG Terima Kekalahan Pertama Musim Ini

PSG tumbang kepada Lens. Gambar Getty Images Francois Lo Presti

Tanpa kelibat Messi dan Neymar yang masih bercuti semenjak selesai Piala Dunia, Paris Saint-Germain (PSG) menerima kekalahan pertama mereka dalam saingan Ligue 1 selepas 17 perlawanan.

Walaupun PSG menguasai permainan, mereka gagal untuk melakukan penyudahan yang memberangsangkan. Ternyata ketiadaan Messi dan Neymar memberi kesan yang besar kepada PSG.

PSG terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal Lens menerusi Frankowski seawal minit ke-5. Tersentak dengan gol tersebut, PSG menyamakan kedudukan pada minit ke-8 menerusi Hugo Ekitike.

Lens menambah lagi dua gol pada minit ke-28 dan ke-47 hasil jaringan Lois Openda dan Claude Maurice.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 3-1. PSG masih mendahului liga dengan 44 mata diikuti Lens ditangga kedua dengan 40 mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *