Portugal Tetap Menang Tanpa Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo tidak beraksi ketika Portugal menewaskan Finland.

Cristiano Ronaldo tidak beraksi ketika Portugal menewaskan Finland.

Portugal mencatat keputusan positif dalam aksi persabahatan menentang Finland bagi persiapan akhir menjelang EURO 2024 yang akan bermula pada minggu hadapan.

Beraksi dilaman sendiri dan tanpa penyerang sensasi mereka iaitu Cristiano Ronaldo, Portugal dilihat tidak berdepan masalah dengan berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-17 hasil jaringan Ruben Dias.

Dipenghujung babak pertama, Diogo Jota menambah satu lagi gol untuk Portugal menerusi sepakan penalti.

Pada babak kedua, Bruno Fernandes yang masuk menggantikan Joao Phalhinha berjaya menambah lagi gol buat Portugal pada minit ke-56 sebelum Finland merapatkan kedudukan dengan dua gol pada minit ke-72 dan 76 menerusi Teemu Pukki.

Fernandes memastikan kemenangan milik Portugal dengan gol keempat pada minit ke-84. Perlawanan berakhir dengan keputusan Portugal 4-2 Finland.

Portugal akan beraksi dua lagi perlawanan persabahatan menentang Croatia pada 9 Jun dan Ireland pada 12 Jun sebelum membuka tirai EURO 2024 dengan menentang Czech Republic pada 19 Jun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *