Polis Siasat Pasukan Vietnam
Pihak berkuasa bola sepak Vietnam akan meminta pihak polis untuk menyiasat para pemain dan pegawai yang mengamalkan unsur rasuah dalam sukan tersebut terutamanya selepas kalah kepada Malaysia dalam saingan Piala AFF Suzuki 2014.
Pasukan tuan rumah telah mengecewakan jutaan penyokong mereka selepas tewas kepada Malaysia dengan agregat 4-5.
Menurut Timbalan Pengerusi Persekutuan Bola Sepak Vietnam, Nguyen Xuan Gu, skuad Vietnam seperti sengaja untuk bermain dengan buruk. Vietnam telah melepaskan 4 gol pada babak pertama termasuk jaringan sendiri Dinh Tien Thanh.
Jika ada pemain mahupun pegawai yang terlibat dengan gejala rasuah ini, mereka akan dikenakan hukuman yang keras.
Rasuah dalam bola sepak Vietnam bukanlah satu perkara yang baru. Pada tahun 2007, dua pemain bola sepak mereka telah dipenjarakan manakala enam lagi telah digantung selepas terlibat dalam rasuah ketika menentang Myanmar pada tahun 2005 untuk bawah 23 tahun.