Piala Suzuki 2020 : Singapura Bangkit Ikat Indonesia 1-1

Keputusan AFF Piala Suzuki 2020
Pelawanan separuh akhir pertama AFF Piala Suzuki 2020 antara Singapura dan Indonesia berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Nasional Singapura.
Singapura terlebih dahulu ditinggalkan oleh pasukan Indonesia menerusi jaringan Witan Sualeman pada minit ke-28.
Tersentak dengan jaringan itu, Singapura bangkit pada babak kedua dengan beberapa gerakan menarik.
Hasilnya pada minit ke-70, Ikhsan Fandi tenang menewaskan penjaga gol Indonesia sekali guys mengikat Indonesia hingga tamat perlawanan.
Separuh akhir kedua akan berlangsung pada sabtu ini ditempat yang sama.