Piala Suzuki 2020 : Dua Gol Awal Thailand Buat Vietnam Terkedu

Keputusan Vietnam vs Thailand AFF Piala Suzuki 2020. Gambar MantraSukaBumi.com

Vietnam bagai hilang taringnya apabila berdepan Thailand dalam perlawanan pertama separuh akhir AFF Piala Suzuki 2020 yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura.

Dua gol awal Thailand seawal minit ke-14 dan ke-23 menerusi Chanathip Songkrasin sudah cukup bagi Thailand membawa bekal ke perlawanan kedua separuh akhir nanti.

Vietnam cuba bangkit bagi mendapatkan gol namun buntu dengan kekebalan pertahanan pasukan Thailand.

Peluang Chanathip Songkrasin mencipta hatrik gagal apabila sepakan penalti yang diambil tidak membuahkan hasil.

Kedua pasukan ini akan bertemu kembali pada ahad nanti untuk perlawanan kedua separuh akhir. Pemenang akan beraksi di perlawanan akhir pada 29 Disember dan 1 Januari 2022.

Leave a Reply

%d bloggers like this: