Piala Raja Sepanyol : Atletico Madrid 2-0 Real Madrid

Foto Reuters

Foto Reuters

Dalam perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Piala Raja Sepanyol, Atletico Madrid turun berdepan Real Madrid awal pagi tadi di Estadio Vicente Calderon.

Atletico turun dengan kelibat bekas pemain yang dipinjamkan AC Milan, Fernando Torres ternyata lebih bersemangat disamping sokongan padu penyokong tuan rumah.

Tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-58 melalui sepakan penalti Raul Garcia sebelum tandukan Jose Gimenez pada minit ke-76 memastikan bekal selesa untuk perlawanan timbal balik di Santiago Bernabeu pada 15 Januari nanti.

Real Madrid seolah-olah hilang arah selepas pencapaian 22 perlawanan tanpa kalah.

Leave a Reply