Piala Malaysia 2022 : JDT Kecewakan Selangor

Antara Aksi Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2022 Antara JDT Menentang Selangor. Gambar Kosmo (SHIDDIEQIIN ZON)

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 menyaksikan dua pasukan gergasi negara bertemu antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor FC. Perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

JDT terlebih dahulu diuji dengan gol pendahuluan dari Selangor menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Caion yang menewaskan Farizal Marlias.

Kegembiraan Selangor tidak lama selepas Bergson berjaya menjaringkan gol penyamaan selang beberapa minit kemudian.

Gol kemenangan JDT hadir pada minit ke-59 menerusi Forestieri yang melakukan sepakan cantik.

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan yang menyaksikan JDT berjaya julang piala paling tua di Malaysia ini.

Dengan kemenangan ini juga menyaksikan JDT menyapu bersih semua kejuaraan domestik Liga Malaysia bagi musim 2022 ini.

1 Response

Leave a Reply

%d bloggers like this: