Piala Dunia 2022 : Wales Jaring Gol Pertama Dalam Piala Dunia Sejak 62 Tahun

Keputusan Piala Dunia 2022 Antara USA Menentang Wales. Gambar YahooSPort

Dalam saingan Piala Dunia Kumpulan B menyaksikan pertembungan antara USA menentang Wales. Perlawanan berlangsung di Stadium Al Rayyan.

Gareth Bale muncul wira Wales selepas beliau berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti. Gol ini juga menjadi gol pertama Wales dalam saingan Piala Dunia sejak 62 tahun yang lalu.

Terlebih dahulu USA berjaya membuka tirai jaringan menerusi Timothy Weah pada minit ke 36.

USA dan Wales berkongsi 1 mata manakala England selesa dengan 3 mata penuh selepas menewaskan Iran.

1 Response

  1. 22/11/2022

    […] 0300 = USA 1-1 Wales (Kump B) – USA Dan Wales Berkongsi Mata […]

Leave a Reply

%d bloggers like this: