Piala Dunia 2022 : Sepanyol Pesta Gol

Aksi Sepanyol Ketika Bertemu Costa RIca Dalam Saingan Kumpulan E Piala Dunia 2022.

Juara Piala Dunia 2010, Sepanyol, turun menentang Costa Rica dalam perlawanan pertama Kumpulan E Piala Dunia 2022. Perlawanan berlangsung di Stadium Al Thumama Stadium.

Sejak sepak mula, Sepanyol menguasai perlawanan sepenuhnya dan hasilnya mereka membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi Dani Olmo.

Gawang Costa Rica bolos lagi pada minit ke-21 dan 31 masing masing menerusi Marco Asensio dan Ferran Torres.

Bersambung babak kedua, Sepanyol menambah lagi jaringan sekali lagi menerusi Ferran pada minit ke-54.

Sepanyol bagai belum puas untuk menjaringkan gol. mereka menambah lagi 3 gol pada minit ke-74 (Gavi), ke-90 (Carlos Soler) dan ke-92 (Alvaro Morata).

Perlawanan berkesudahan dengan keputusan Sepanyol 7-0 Costa Rica.

Leave a Reply

%d bloggers like this: