Piala Dunia 2022 : Senegal Tempang Tanpa Mane
Senegal membuka tirai Piala Dunia 2022 dengan kekalahan 0-2 kepada Belanda tengah malam tadi dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Al Thumama.
Dengan ketiadaan tunggak utama mereka, Sadio Mane, Senegal kelihatan buntu mencari gol walaupun banyak percubaan yang dilakukan.
Bagi Belanda pula, mereka beraksi bukan ditahap yang terbaik kerena gol mereka hanya muncul dipenghujung waktu permainan pada minit ke-84 dan 90+9 menerusi jaringan Cody Gakpo serta Davy Klaassen.
Kedudukan semasa Kumpulan A menyaksikan Belanda dan Ecuador berkongsi 3 mata manakala Senegal dan Qatar perlu menang perlawanan seterusnya bagi menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati.
1 Response
[…] 0000 = Senegal 0-2 Belanda (Kump A) – Belanda Masih Belum Cukup Power […]