Piala Dunia 2022, Senegal Beraksi Tanpa Sadio Mane

Sadio Mane Terlepas Aksi Piala Dunia Akibat Kecederaan. Gambar Utusan.

Bintang Senegal dan Bayern Munich, Sadio Mane terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam saingan Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar akibat kecederaan yang dialaminya.

Mane telah menjalani pembedahan di Innsbruk, Austria bagi menyambung semula tendon pada kepala tulang fibula kanannya. Mane mengalami kecederaan itu ketika beraksi untuk Bayern Munich dalam saingan Bundesliga pada 8 November lalu.

Perkara ini disahkan oleh doktor pasukan Senegal, Manuel Afonso yang mengumumkan bahawa Sadio Mana terpaksa diketepikan sekali gus menutup peluang pemain berusia 30 tahun itu untuk beraksi dalam pentas Piala Dunia 2022.

Leave a Reply

%d bloggers like this: