Piala Dunia 2022 : Qatar Tersingkir Selepas Dua Perlawanan

Keputusan Qatar vs Senegal Dalam Saingan Kumpulan A Piala Dunia 2022. Gambar KhelNow

Tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lain dalam saingan Kumpulan A selepas tewas buat kali kedua berturut-turut. Semalam Qatar tewas kepada Senegal 1-3.

Dengan kekalahan ini, Qatar telah pun tersingkir dari saingan Piala Dunia dan terpaksa melupakan hasrat untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Qatar yang tewas kepada Ecuador dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A, akan berdepan Belanda untuk persembahan terakhir mereka.

Mampukah Qatar sekurang-kurangnya satu mata dalam edisi Piala Dunia kali ini ataupun Qatar terpaksa berputih mata tanpa sebarang mata dengan tiga kekalahan.

1 Response

  1. 26/11/2022

    […] 2100 = Qatar 1-3 Senegal (Kump A) – Qatar Ucap Selamat Tinggal Kepada Piala Dunia 2022 […]

Leave a Reply

%d bloggers like this: