Piala Dunia 2022 : Perancis Mudah Tundukan Australia

Penyerang Perancis Giroud Bersama Rakan Pasukan Selepas Menjaringkan Gol. Gambar BHarian.
Dalam aksi Kumpulan D Piala Dunia 2022, Perancis bertemu Australia dalam perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Al-Janoub Al-Wakrah.
Perancis terlebih dahulu dikejutkan Australia dengan gol seawal minit ke-9 menerusi Craig Goodwin.
Tersentak dengan itu, Perancis menggandakan serangan dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan gol pada minit ke-27 menerusi Adrien Rabiot dan Olivier Giroud pada minit ke-32.
Masuk babak kedua perlawanan, Kylian Mbappe menemui jaringan Piala Dunia beliau pada minit ke-68. Pada minit ke-71 Giroud sekali lagi menjaringkan gol dan meletakan Perancis selesa dihadapan.
Perlawanan berkesudahan Perancis 4-1 Australia.