Piala Dunia 2022 : Mexico Dan Poland Sama Kuat

Aksi Poland Menentang Mexico Dalam Saingan Kumpulan C Piala Dunia 2022. Gambar BHarian.

Kegagalan Robert Lewandowski menyempurnakan sepakan penalty, menyaksikan Poland sekadar seri tanpa jaringan dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium 974.

Lewandowski yang dijatuhkan oleh pemain lawan dalam babak kedua perlawanan, gagal menyudahkan sepakan dengan sempurna. Sepakan beliau diselamatkan oleh penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa.

Kegagalan ini juga menyaksikan Lewandowski masih kempunan untuk menjaringkan sebarang gol dalam pentas piala dunia.

Keputusan seri ini menyaksikan Arab Saudi unggul ditangga teratas Kumpulan C selepas menewaskan Argentina 2-1.

1 Response

  1. 23/11/2022

    […] 0000 = Mexico 0-0 Poland (Kump C) – Poland Persiakan Penalti Ketika Menentang Mexico […]

Leave a Reply

%d bloggers like this: