Piala Dunia 2022 : Jerman Kalah Kerana Masalah Armband

Gelagat Pemain Jepun Selepas Menjaringkan Gol. Gambar BHarian.

Bekas juara Piala Dunia 2014, Jerman begitu hina dipermalukan Jepun dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan E yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Jerman turun dengan begitu yakin mampu mengalahkan gergasi asia iaitu Jepun. Jerman mendahului permainan itupun melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ilkay Gundogan pada minit ke-33.

Masuk babak kedua perlawanan, Jepun bangkit dengan pelbagai serangan dan cubaan. Hasilnya, Jepun memperoleh gol pertama pada minit ke-75 menerusi Ritsu Doan.

Kurang 10 minit, Jepun menambah satu lagi gol menerusi Takuma Asano pada minit ke-83.

Kedudukan 2-1 yang menyaksikan Jerman kalah kekal hingga tamat perlawanan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: