Piala Dunia 2022 : England Masih Gagal Tewaskan USA

Keputusan Piala Dunia Antara England Menentang USA.

Bagai ada sumpahan yang berlaku kepada pasukan England yang masih belum mampu untuk menang keatas USA dalam saingan Piala Dunia.

Dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan B, England telah berdepan USA bagi mencari 3 mata penting untuk layak ke peringkat seterusnya.

Malangnya, England masih belum mampu untuk menang selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan USA.

Dalam 3 pertemuan antara dua negara ini dalam saingan Piala Dunia, England pernah tewas sekali iaitu pada Piala Dunia edisi 1950 dan seri pada edisi 2010. Yang terbaru semalam seri lagi.

Dengan keputusan seri ini, saingan Kumpulan B masih terbuka untuk semua pasukan. England akan berdepan Wales untuk perlawanan terakhir mereka.

1 Response

  1. 26/11/2022

    […] 0300 = England 0-0 USA (Kump B) – England Sekadar Kongsi Satu Mata […]

Leave a Reply

%d bloggers like this: