Piala Dunia 2022 : Ecuador Buka Tirai Piala Dunia Dengan Kemenangan

Keputusan Piala Dunia 2022 : Ecuador Kecewakan Tuan Rumah, Qatar : Gambar The Sporting News

Aksi pertama Kumpulan A dan juga perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 Qatar menyaksikan pertembungan dua pasukan antara tuan rumah Qatar dan juga Ecuador.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Al Bayt itu berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Ecuador dengan jaringan 2-0.

Dalam perlawanan tersebut, Enner Valencia yang juga penyerang veteran Ecuador telah menjaringkan dua gol pada babak pertama.

Kemenangan ini sangat penting bagi Ecuador jika hendak melangkah keperingkat kalah mati kerana mereka telah diundi bersama Senegal dan Belanda dalam Kumpulan A.

1 Response

  1. 21/11/2022

    […] 0000 = Qatar 0-2 Ecuador (Kump A) –  Ecuador Kecewakan Tuan Rumah Dalam Perlawanan Pembukaan […]

Leave a Reply

%d bloggers like this: