Piala Dunia 2022 : Arab Saudi Tumbangkan Argentina

Keputusan Piala Dunia 2022 Antara Argentina Menentang Arab Saudi. Gambar Khelnow.com

Perlawanan pertama Argentina dalam saingan Piala Dunia 2022 berakhir tidak seperti mana yang diinginkan ramai peminat bola sepak. Perlawanan yang berlangsung di Stadium, menyaksikan Argentina tewas kepada Arab Saudi dengan keputusan 1-2.

Argentina sebelum itu membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi sepakan penalty yang disudahkan oleh Lionel Messi.

Argentina kemudiannya peroleh 3 gol lagi namun semua ditidakan dengan perangkap offside.

Masuk kepada separuh masa kedua perlawanan, Arab Saudi berjaya memperoleh 2 gol yang berharga menerusi Al-Shehri dan Al-Dawsari masing-masing pada minit ke-48 dan 53 perlawanan.

Kedudukan 1-2 kekal hingga tamat perlawanan.

 

1 Response

  1. 22/11/2022

    […] 1800 = Argentina 1-2 Arab Saudi (Kump C) – Messi Kecewa Lihat Argentina Tewas […]

Leave a Reply

%d bloggers like this: