Piala Axiata 2014 : Thailand Muncul Juara Selepas Benam Indonesia

Gambar oleh Axiatacup.com
Persembahan cemerlang pasukan Piala Axiata 2014 Indonesia diperingkat kumpulan gagal digunakan sebaik mungkin untuk menjuarai kejohanan kali ini.
Indonesia yang turun berdepan Thailand pada final Piala Axiata 2014, terpaksa berpuas hati ditempat kedua selepas pemenang terpaksa ditentukan melalui pungutan mata keseluruhan apabila kedudukan terikat 2-2.
Berikut adalah keputusan penuh Piala Axiata 2014 Indonesia vs Thailand (Final)
Indonesia | 2-2 | Thailand |
Tommy Sugiarto | 20 – 22 13 – 21 | Tanongsak Saensomboonsuk |
Hana Ramadhini | 9 – 21 12 – 21 | Ratchanok Intanon |
Hendra Setiawan &Markis Kido | 21 – 16 21 – 12 | Wannawat Ampunsuwan& Patiphat Chalardchaleam |
Riky Widianto & Richi Puspita Dili | 21 – 17 21 – 10 | Maneepong Jongjit& Sapsiree Taerattanachai |
137-140 |