Piala Axiata 2014 : Malaysia Sekadar Tempat Ke-4

Gambar oleh AxiataCup.comsia
Selepas tewas kepada Indonesia pada peringkat separuh akhir, Malaysia hanya mampu mengakhiri saingan Piala Axiata 2014 ditempat ke-4 selepas bertemu dengan All Star Asia pada perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4.
Pemenang terpaksa ditentukan melalui pungutan mata selepas kedudukan terikat 2-2.
All Star Asia menduduki tempat ke-3 dengan mata 147 berbanding Malaysia hanya 140.
Berikut adalah keputusan penuh Piala Axiata 2014 Malaysia vs All Star Asia (tempat ke-3 dan ke-4)
All Star Asia | 2-2 | Malaysia |
Hu Yun , HKG | 22 – 20 21 – 16 | Chong Wei Feng |
Tai Tzu Ying, TPE | 21 – 12 21 – 8 | Tee Jing Yi |
Manu Attri , IND &Sumeeth Reddy , IND | 11 – 21 13 – 21 | Tan Boon Heong & Tan Wee Kiong |
Lee Chun Hei , HKG &Chau Hoi Wah , HKG | 19 – 21 19 – 21 | Chan Peng Soon & Lai Pei Jing |