Philipp Lahm Patah Pergelangan Kaki
Philipp Lahm terpaksa berehat selama 3 bulan kerana mengalami keretakan pergelangan kaki. Kapten Bayern Munich itu yang bersara dari bola sepak antarabangsa selepas Jerman muncul juara Piala Dunia 2014, cedera semasa sesi latihan dan terpaksa diusung keluar.
Ini adalah kecederaan serius Philipp Lahm selepas kali terakhir pada tahun 2006 apabila Lahm mengalami kecederaan siku.