Perkara Menarik Tentang ESL One Summer 2021

Bagi peminat Dota, hari ini akan bermula kejohanan baru selepas AniMajor yang berakhir ahad lepas. Kejohanan kali ini diberi nama ESL One Summer 2021. Berikut adalah beberapa perkara tentang kejohanan ini.
Tarikh
Kejohanan ESL One Summer 2021 akan bermula dari 16 hingga 20 Jun 2021 dan diadakan secara atas talian.
Pasukan
Sebanyak 12 pasukan menyertai kejohanan kali ini. 9 pasukan melalui direct invite dan 3 pasukan lagi melalui kelaykan
Hadiah
Hadiah terkumpul kejohanan ini adalah sebanyak 400,000USD. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak $175,000 dan naib juara sebanyak $85,000. Tiada point dota circuit untuk kejohanan ini.
Format
Semua pasukan akan bermula dikelompok atas. Pasukan yang kalah dikelompok atas akan turun kekelompok bawah dan akan tersingir jika kalah lagi. Semua perlawanan akan best of 3 kecuali perlawanan akhir yang dilakukan secara best of 5.