Perjuangan Ng Tze Yong Di Kejohanan Badminton Dunia Terhenti

Pejalanan pemain badminton perseorangan lelaki Ng Tze Yong berakhir selepas tewas di pusingan kedua di Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun.

Tze Yong terpaksa akur dengan kekalahan kepada Sitthikom Tammasin dari Thailand 9-21, 21-10, 19-21 dalam perlawanan yang berlarutan sehingga 1 jam 10 minit.

Dengan kekalahan ini, hasrat peminat badminton tanah air untuk menyaksikan perlawanan antara Ng Tze Yong dan Victor Axelsen di pusingan ketiga kejohanan tidak kesampaian.

Untuk rekod, Ng Tze Yong kini menduduki tangga ke-42 dunia dan ini merupakan kejohanan badminton dunia beliau yang pertama. Pada bulan Julai yang lalu, beliau telah memenangi pingat perak di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.

Leave a Reply