Perjalanan Manchester City Ke Final Liga Juara Juara Musim 2022/23

manchester city liga juara juara

Perjalanan Manchester City Ke Final Liga Juara Juara 22/23. Gambar Instagram Champion League

Sedia maklum bahwa Manchester City telahpun layak ke perlawanan akhir Liga Juara Juara bagi musim 2022/23. Ini bermakna hanya selangkah sahaja lagi untuk Manchester City menjulang piala ini buat julung kali namun hanya Inter Milan yang menjadi penghalang setakat ini.

Kali ini kami kongsikan perjalanan Manchester City dalam saingan Liga Juara Juara untuk musim 2022/23 dari peringkat kumpulan hingga ke final.


Peringkat Kumpulan

Kumpulan G

Manchester City telah diundi dalam Kumpulan G bersama Dortmund, Sevilla dan Copenhagen. City muncul juara kumpulan selepas mencatat 4 kemenangan, 2 seri dan mengumpul 14 mata untuk layak kepusingan kalah mati.

6 September 2022 : 4-0 Sevilla

14 September 2022 : 2-1 Dortmund

5 Oktober 2022 : 5-0 Copenhagen

11 Oktober 2022 : 0-0 Copenhagen

25 Oktober 2022 : 0-0 Dortmund

2 November 2022 : 3-1 Sevilla


Pusingan Kedua

Pusingan 16

Selaku juara Kumpulan G, Manchester City telah diundi bertemu Leipzig dalam Pusingan 16. Dalam perlawanan pertama Leipzig telah memberikan cabaran dan keputusan yang mengejutkan telah dicatatkan dalam perlawanan kedua.

22 Februari 2023 : 1-1 Leipzig

14 Mac 2023 : 7-0 Leipzig

Manchester City mara dengan agregate 8-1.

Suku Akhir

Perlawanan suku akhir Manchester City sangat menarik. Dimana City bertemu dengan pasukan yang pernah dikendalikan oleh Pep Guardiola iaitu Bayern Munich. Ternyata Manchester City dalam kelasnya yang tersendiri dan mudah mengenepikan cabaran Bayern

11 April 2023: 3-0 Bayern Munich

19 April 2023 : 1-1 Bayern Munich

Manchester City mara dengan agregate 4-1.

Separuh Akhir

Perlawanan separuh akhir Manchester City menentang Real Madrid dan ianya ibarat ulangan perlawanan separuh akhir bagi musim 21/22 namun yang berbeza adalah keputusannya.

9 May 2023 : 1-1 Real Madrid

17 May 2023 : 4-0 Real Madrid

Manchester City mara dengan agregate 5-1.

Akhir

Manchester City akan berdepan pasukan dari Itali, Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara Juara 22/23. Untuk rekod, kedua pasukan ini masih belum pernah bertemu dalam saingan Liga Juara Juara. 2 pertemuan yang tercatat hanyalah menerusi perlawanan persahabatan dan kedua pasukan mencatatkan satu kemenangan dan satu kekalahan.

11 Jun 2023 : Manchester City 1-0 Inter Milan


 

Leave a Reply