Perjalanan Argentina Ke Perlawanan Akhir Piala Dunia 2022 Qatar

Lionel Messi ketika edisi Piala Dunia 2014 di Brazil. Gambar BeIN Sports.

Tiada siapa duga yang Argentina akan mara sejauh ini dalam saingan Piala Dunia 2022. Dalam perlawanan pertama mereka telah dikejutkan dengan kekalahan keatas Arab Saudi. Mari kita ikuti perjalanan Argentina dari mula hingga ke perlawanan akhir.


Peringkat Kelayakan CONMEBOL

Argentina boleh dianggap cemerlang kita diperingkat kelayakan. Dari 17 perlawanan, mereka telah mencatatkan 11 kemenangan dan 6 keputusan seri. Tiada rekod kalah yang dicatatkan oleh Argentina. Mereka berada ditangga kedua dibelakang Brazil yang berjaya mengumpul mata sebanyak 45 mata.

Untuk rekod, ini merupakan skuad dan jurulatih sama yang berjaya menjulang kejuaraan Copa Amerika tahun lalau selepas menewaskan Brazil di perlawanan akhir.


Peringkat Kumpulan C Piala Dunia 2022 Qatar

Argentina tiba dibumi Qatar sebagai pasukan pilihan selepas diundi dalam Kumpulan C bersama Arab Saudi, Mexico dan Poland.

  • Argentina 1 – 2 Arab Saudi

Argentina menerima kejutan dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan selepas tewas mengejut 1-2 ke atas Arab Saudi. Gol Argentina berjaya dijaringkan oleh Lionel Messi menerusi sepakan penalti. Selepas perlawanan pertama, Argentina menduduki tangga tercorot Kumpulan C dan dianggap tiada harapan untuk mara ke peringkat kalah mati.

  • Argentina 2 – 0 Mexico

Selepas tewas perlawanan pertama, tiada keputusan lain selain menang yang perlu dicatatkan Argentina untuk perlawanan kedua ketika menentang Mexico. Hasil kerja keras dan semangat juang yang tinggi, Argentina berjaya mencatatkan kemenangan berharga mereka sekali gus menghidupkan kembali peluang untuk terus bersaingan dalam Piala Dunia 2022. Gol Argentina dijaringkan oleh Lionel Messi dan Enzo Fernandez.

  • Argentina 2 – 0 Poland

Ternyata, Argentina bukanlah lawan bagi Poland. Sejak mula sepak mula lagi Argentina telah menguasai perlawanan dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan dua gol berharga bagi mengutip 3 mata penuh. Dengan kemenangan ini juga Argentina muncul juara Kumpulan C dan layak ke peringkat Pusingan 16. Gol Argentina dijaringkan oleh Alexic Mac Allister dan Julian Alvarez.


Pusingan 16 Argentina vs Australia

Di peringkat Pusingan 16, Argentina berdepan Australia yang juga naib juara Kumpulan D. Menentang Australia bukanlah suatu hal yang mudah namun Argentina berjaya menggunakan peluang-peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol. Argentina berjaya menewaskan Australia 2-1 untuk terus mara. Gol Argentina dijaringkan oleh Lienel Messi dan Julian Alvarez.


Suku Akhir Argentina vs Belanda

Perlawanan antara Argentina dan Belanda boleh dianggap sebagai perlawanan paling panas dalam Piala Dunia 2022 kali ini. Belanda berjaya bangkit selepas ketinggalan 2-0 hasil jaringan Nahuel Molina serta Lionel Messi dan mengheret perlawanan kepenentuan sepakan penalti. Argentina mara ke separuh akhir dengan kemenangan sepakan penalti 4-3.


Separuh Akhir Argentina vs Croatia

Misi balas dendam Argentina keatas Croatia akhir tertunai juga dengan kemenangan 3-0 mereka diperingkat separuh akhir Piala Dunia 2022. Gol kemenangan Argentina dijaringkan oleh Lionel Messi dan Julian Alvarez (2 gol). Argentina pernah tewas kepada Croatia ketika Piala Dunia 2018 diperingkat Kumpulan D dengan keputusan 0-3.


Akhir Argentina vs Perancis

Perlawanan akhir Piala Dunia 2022 ibarat ulangan perlawanan Pusingan 16 Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia. Ketika itu, Argentina dikecewakan Perancis dengan jaringan 3-4. Perancis berjaya menjulang piala 4 tahun sekali itu pada edisi yang sama.


 

1 Response

  1. 19/12/2022

    […] = Argentina 3 (4) – (2) 3 Perancis – Ikuti Perjalanan Argentina Ke Perlawanan Akhir Piala Dunia 2022 – Ikuti Perjalanan Perancis Ke Perlawanan Akhir Piala Dunia 2022 – Rekod Memihak Kepada […]

Leave a Reply

%d bloggers like this: