Perak Juara Hoki Piala Tun Abdul Razak

Keputusan AKhir Hoki Piala Tun Abdul Razak. Gambar MHC.

Tahniah diucapkan kepada skuad hoki lelaki Perak selepas muncul juara dalam kejuaraan Piala Tun Abdul Razak. Perak menewaskan Pahang 2-1 dalam perlawanan akhir.

Perak terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Akram Hakkam Jamaluddin pada minit kelima sebelum disamakan Pahang pada minit ke-37 hasil sumbangan Ismail Abu.

Gol kemenangan Perak berjaya dihasilkan oleh Saiful Shahril Bahri pada minit ke-44 menerusi pukulan sudut penalti.

Dengan kemenangan ini, Perak berjaya mempertahankan kejuaraan yang mereka juarai pada tahun lalu selepas menewaskan Terengganu 4-2.

Untuk Rekod, ini merupakan gelaran ke-11 untuk Perak dalam saingan Piala Tun Abdul Razak.

Leave a Reply

%d bloggers like this: