Perak Hampir Pasti Ke Suku Akhir Piala Malaysia

Gambar Stadium Astro.

Perak FC berjaya bawa pulang bekal selesa selepas berjaya menewaskan Kelakan Darul Naim (KDN FC) 3-0 pada aksi pertama Pusingan 16 Piala Malaysia 2024-2025 yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tidak menunggu lama, Perak berjaya dihadapan pada minit ke-22 selepas pemain import mereka, Clayton Da Silveira berjaya menanduk masuk ke gawang KDN FC.

Memasuki babak kedua, Perak terus menerus melakukan serangan untuk menambah gol dan akhir pada minit ke-80, Azfar Fikri berjaya menjaringkan gol buat Perak.

Ketika perlawanan dilihat berakhir dengan hanya dua gol, muncul Daniel Hakimi yang berjaya menambah luka KDN FC dengan menyempurnakan sepakan penalti pada waktu kecederaan.

Perlawanan kedua Pusingan 16 akan berlangsung pada 30 November ini di Stadium Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *