Pencapaian Terbaik Malaysia Dalam Kejohanan Badminton Piala Sudirman

China menjulang Piala Sudirman ketika edisi 2009. Gambar ChinaDaily.
Selepas berjaya melayakan diri ke pusingan suku akhir Badminton Piala Sudirman 2023, Malaysia akan melengkapkan jadual perlawanan pada 17 May nanti dengan menentang Taiwan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Perlawanan tersebut sekali gus menentukan siapa yang akan menjadi juara bagi Kumpulan C
Dengan kejayaan ini, kami akan mengimbau kembali pencapaian terbaik pasukan Malaysia dalam Kejohanan Badminton Piala Sudirman ini yang mula dipertandingkan pada tahun 1989.
Sehingga edisi 2023 ini, Malaysia masih belum pernah menjulang Piala Sudirman. Pencapaian terbaik pasukan Malaysia adalah peringkat separuh akhir iaitu pada tahun 2009 dan 2021.
Pada tahun 2009, kejohana yang berlangsung di Guangzhou, China ini menyaksikan Malaysia tewas 0-3 ditangan China diperingkat separuh akhir. Sebelum itu, Malaysia menduduki tangga ke-2 diperingkat Kumpulan A.
Manakala pada tahun 2021 pula, Malaysia tewas dengan keputusan 1-3 kepada Jepun diperingkat separuh akhir dan sekali lagi menyaksikan Malaysia terus kempunan untuk mara keperingkat akhir Piala Sudirman buat julung kalinya.
Mampukah Malaysia melangkah ke peringkat akhir Piala Sudirman untuk edisi 2023 ini dengan barisan pemain yang boleh dikatakan membanggakan.