Pembahagian Hadiah Kemenangan Dalam Liga Perdana Inggeris

Pembahagian Hadiah Kemenangan Dalam Liga Perdana InggerisUntuk pengetahuan semua, Liga Perdana Inggeris musim 2013-2014 sudah pun sampai ke penghujungnya malam tadi. Dengan kesemua pasukan telah melalui 38 perlawanan, Manchester City telah menjuarai liga buat musim kali ini. Tahniah buat Manchester City. Dalam entri kali ini, kami kongsikan cara pembahagiaan wang kemenangan yang setiap pasukan menangi dari tangga ke-20 hingga pertama.

Untuk pengetahuan, setiap pasukan dalam liga akan mendapat 55 juta pound dari pihak penyiaran. Duit ini berfungsi sebagai pemberian hak kepada pihak penyiaran untuk menyiarkan perlawanan pada bila-bila masa sahaja seperti delay dan ulang tayang.

Bukan itu sahaja, pasukan yang perlawananya ditayangkan secara langsung akan menerima 750,000 pound dan setiap pasukan akan menerima wang minimum sebanyak 7.5juta pound walaupun jumlah siaran langsung tidak mencapai 10 kali siaran.

Untuk hadiah berdasarkan kedudukan tangga dalam Liga Perdana Inggeris, tangga terbawah liga akan menerima hadiah sebanyak 1.2juta pound manakala juara akan menerima 24juta pound. Teruskan bacaan anda untuk ketahui berapakah jumlah wang yang setiap pasukan terima dipenghujung saingan liga ini.

Tangga Ke-20

Kelab : Cardiff City
Jumlah Mata : 30
Wang Hak Penyiaran TV : 55 juta
Wang Siaran Langsung : 7.5 Juta ( 7 perlawanan )
Wang Hadiah : 1.2 juta
Pendapatan Keseluruhan : 63.7 juta

Tangga ke-19

Kelab : Fulham
Jumlah Mata : 32
Wang Hak Penyiaran TV : 55 Juta
Wang Siaran Langsung : 7.5 juta ( 7 perlawanan )
Wang Hadiah : 2.4 Juta
Pendapatan Keseluruhan : 64.9 juta

Tangga ke-18

Kelab : Norwich City
Jumlah Mata : 36
Wang Hak Penyiaran TV : 55 Juta
Wang Siaran Langsung : 7.5 ( 9 perlawanan )
Wang Hadiah : 3.6 juta
Pendapatan Keseluruhan : 66.1 juta

Tangga ke-17

Kelab : West Brom
Jumlah Mata : 36
Wang Hak Penyiaran TV : 55 Juta
Wang Siaran Langsung : 7.5 juta ( 8 perlawanan )
Wang Hadiah : 4.8 juta
Pendapatan Keseluruhan : 67.3juta

Tangga ke-16

Kelab : Hull City
Jumlah Mata : 37
Wang Hak Penyiaran TV : 55 Juta
Wang Siaran Langsung : 7.5 juta ( 9 perlawanan )
Wang Hadiah : 6 juta
Pendapatan Keseluruhan : 68.5 juta

Tangga ke-15

Kelab : Aston Villa
Jumlah Mata : 38
Wang Hak Penyiaran TV : 55 juta
Wang Siaran Langsung : 750,000 x 15 perlawanan
Wang Hadiah : 7.2 juta
Pendapatan Keseluruhan : 73.5 juta

Tangga ke-14

Kelab : Sunderland
Jumlah Mata : 38
Wang Hak Penyiaran TV : 55 juta
Wang Siaran Langsung : 750,000 x 13 perlawanan
Wang Hadiah : 8.4 juta
Pendapatan Keseluruhan : 73.1 juta

Tangga ke-13

Kelab : West Ham United
Jumlah Mata : 40
Wang Hak Penyiaran TV : 55 juta
Wang Siaran Langsung : 750,000 x 15 perlawanan
Wang Hadiah : 9.6 juta
Pendapatan Keseluruhan : 75.9 juta

Tangga ke-12

Kelab : Swansea City
Jumlah Mata : 42
Wang Hak Penyiaran TV : 55 juta
Wang Siaran Langsung : 750,000 x 13 perlawanan
Wang Hadiah : 10.8 juta
Pendapatan Keseluruhan : 75.5 juta

Tangga ke-11

Kelab : Crystal Palace
Jumlah Mata : 45
Wang Hak Penyiaran TV : 55 juta
Wang Siaran Langsung : 750,000 x 10 perlawanan
Wang Hadiah : 12 juta
Pendapatan Keseluruhan : 74.5 juta

Tangga ke-10

Kelab : Newcastle United
Jumlah Mata : 49
Wang Hak Penyiaran TV : 55 juta
Wang Siaran Langsung : 750,000 x 14 perlawanan
Wang Hadiah : 13.2 juta
Pendapatan Keseluruhan : 78.3 juta

Tangga ke-9

Kelab : Stoke City
Jumlah Mata : 50
Wang Hak Penyiaran TV : 55 juta
Wang Siaran Langsung : 7.5 ( 5 perlawanan )
Wang Hadiah : 14.4 juta
Pendapatan Keseluruhan : 76.9 juta

Tangga ke-8

Kelab : Southampton
Jumlah Mata : 56
Wang Hak Penyiaran TV : 55 juta
Wang Siaran Langsung : 750,000 x 10 perlawanan
Wang Hadiah : 15.6 juta
Pendapatan Keseluruhan : 78.5 juta

Tangga ke-7

Kelab : Manchester United
Jumlah Mata : 64
Wang Hak Penyiaran TV : 55 juta
Wang Siaran Langsung : 750,000 x 25 perlawanan
Wang Hadiah : 16.8 juta
Pendapatan Keseluruhan : 90.5 juta

Tangga ke-6

Kelab : Tottenham
Jumlah Mata : 69
Wang Hak Penyiaran TV : 55 juta
Wang Siaran Langsung : 750,000 x 23 perlawanan
Wang Hadiah : 18 juta
Pendapatan Keseluruhan : 90.3 juta

Tangga ke-5

Kelab : Everton
Jumlah Mata : 72
Wang Hak Penyiaran TV : 55 juta
Wang Siaran Langsung : 750,000 x 16 perlawanan
Wang Hadiah : 19.2 juta
Pendapatan Keseluruhan : 86.2 juta

Tangga ke-4

Kelab : Arsenal
Jumlah Mata : 79
Wang Hak Penyiaran TV : 55 juta
Wang Siaran Langsung : 750,000 x 25 perlawanan
Wang Hadiah : 20.4 juta
Pendapatan Keseluruhan : 93.4 juta

Tangga ke-3

Kelab : Chelsea
Jumlah Mata : 82
Wang Hak Penyiaran TV : 55 juta
Wang Siaran Langsung : 750,000 x 24 perlawanan
Wang Hadiah : 21.6 juta
Pendapatan Keseluruhan : 94.6 juta

Tangga ke-2

Kelab : Liverpool
Jumlah Mata : 84
Wang Hak Penyiaran TV : 55 juta
Wang Siaran Langsung : 750,000 x 28 perlawanan
Wang Hadiah : 22.8 juta
Pendapatan Keseluruhan : 98.8 juta

Tangga Pertama!

Kelab : Manchester City
Jumlah Mata : 86
Wang Hak Penyiaran TV : 55 juta
Wang Siaran Langsung : 750,000 x 25 perlawanan
Wang Hadiah : 24 juta
Pendapatan Keseluruhan : 97.7 juta

Leave a Reply

%d bloggers like this: